top of page
Latar Belakang Program

Malaysia adalah sebuah negara yang terdiri daripada masyarakat yang pelbagai etnik, budaya dan agama. Kepelbagaian sememangnya mencirikan kependudukan Malaysia. Justeru, soalan yang lazim ditanyakan adalah apakah peluang yang ada bagi orang Malaysia yang mewakili perbagai etnik, agama dan budaya untuk berdamping dan melakukan kerja bersama? Untuk meningkatkan pemahaman dan menyemai semangat perpaduan dalam diri masing-masing, orang Malaysia perlu faham bahawa perpaduan bukan satu konsep atau slogan semata-mata. Sebaliknya, perlu ada usaha untuk memupuk pemahaman dan semangat perpaduan melalui tindakan bersama dan penghayatan dalam kehidupan seharian.

 

Namun sejak kebelakangan ini, agama semakin menjadi isu di Malaysia, yang meletakkan penganut agama tertentu tidak senang hati dengan perbuatan penganut agama lain. Sehubungan itu, program pertandingan video (1.0) yang bertemakan "Pemahaman Antara Agama Melalui Tindakan Bersama: Cuba lahh!" mencerminkan hasrat penganjur untuk memberi peluang kepada pelajar IPTA dan IPTS dari segi memikirkan cara bagaimana mereka boleh menyumbang idea atau bertindak dalam cara yang dapat memupuk pemahaman antara agama melalui penghasilan video.

 

Dalam hal ini, satu forum pemahaman antara agama (2.0) yang melibatkan panelis muda akan diadakan pada hari kemuncak pengumuman dan penyampaian hadian pertandingan video. Sempena forum dan penyampaian hadiah pada hari kemuncak, persembahan kesenian antara budaya (3.0) juga akan diadakan.

Objektif Program

Program pemahaman antara agama melalui tindakan bersama (dan acara 3-dalam-1) ini diadakan dengan objektif berikut:

  • Meningkatkan pemahaman dan penghormatan pelajar universiti tentang kepelbagaian kependudukan Malaysia

  • Memberi ruang dan peluang kepada pelajar untuk membuat sesuatu mengenai kepelbagaian agama di Malaysia

  • Memupuk daya kreatif pelajar daripada segi persembahan idea melalui penggunaan multimedia

  • Mendedahkan pelajar kepada pelopor aktif yang menyumbang kepada pemahaman antara agama melalui tindakan bersama

Kelebihan Program
  • Program ini akan membuka mata pelajar universiti khususnya tentang betapa pentingnya semangat perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia berbilang kaum dan agama, serta bagaimana apa yang mereka boleh lakukan untuk meningkatkan semangat perpaduan ini.

  • Dapat mengenal pasti bakat dan kemahiran mahasiswa dalam pertandingan filem pendek yang diadakan.

bottom of page