top of page

Pertandingan Video Pendek

Pemahaman antara Penganut Agama melalui Tindakan Bersama: Cuba lahh!

Tema:
Syarat dan Keperluan Pertandingan Video:
  • Terbuka kepada semua pelajar prasiswazah dan pasca siswazah di IPTA dan IPTS seluruh negara

  • Bertemakan "Pemahaman Antara Penganut Agama Melalui Tindakan Bersama: Cuba lahh!"

  • Tempoh masa video: minimum satu (1) minit dan maksimum tiga (3) minit

  • Bahasa: Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris

  • Penghasilan video boleh secara perseorangan ataupun secara kumpulan. Bilangan ahli kumpulan tidak ada had.

  • Yuran penyertaan sebanyak RM50 akan dikenakan bagi setiap penyertaan.

  • Dengan penyertaan pertandingan ini, peserta bersetuju untuk terikat dengan syarat & peraturan pertandingan ini, serta keputusan pihak penganjur (lihat Penafian dan Hak Penganjur)

Cara pembayaran yuran penyertaan:
  • Pembayaran yuran penyertaan boleh dibuat secara atas talian (bank transfer) ke akaun berikut:

Nama akaun: Interfaith Video

No. akaun: 1202-9010-0804-17

Bank: Bank Islam

  • Lampirkan salinan slip bayaran bersama-sama borang penyertaan yang lengkap diisi dan hantar kepada urusetia melalui: e-mel ivcukm@gmail.com.

Cara penghantaran video:
  • Format video yang diterima: *.mpg / .avi / .mp4 / .wmv

  • Video yang bersaiz besar boleh dihantar kepada urusetia melalui Google Drive.

Tarikh tutup penyertaan:

18 Ogos 2017 (Jumaat)

Borang penyertaan:

Klik di sini untuk borang dan cara-cara penyertaan.

Keputusan pertandingan:

Keputusan Pertandingan Video Pendek berserta upacara penyampaian hadiah akan diumumkan pada

Beberapa soalan panduan untuk diberi pertimbangan semasa menghasilkan video:

  • Adakah pemahaman antara agama membantu saya menjadi insan yang lebih baik?

  • Adakah anda tahu tentang kerjasama antara penganut agama yang boleh anda ceritakan? (Cth: perkongsian parkir antara pengunjung institusi keagamaan yang berdekatan antara satu sama lain)

  • Apakah kerja atau khidmat antara agama telah dilakukan dalam universiti/ komuniti saya?

  • Apa yang boleh saya lakukan untuk meningkatkan pemahaman antara agama dalam universiti/komuniti saya?

16 September 2017 (Sabtu)

bottom of page